Saham Bank Rakyat Kembali Lagi

Pada 04/04/2011, bank rakyat telah memberi satu peluang untuk pemegang saham bank rakyat yang lama untuk menambah syer mereka atau pemegang saham yang baru  untuk membeli syer pertama mereka. Pasti, satu kepastian yang harus dilakukan kerana kita tahu bahawa kuota untuk bank rakyat membuka syer saham adalah ‘fully book’ atau ‘waiting list’. Namun begitu, bank rakyat telah menyatakan bahawa had untuk setiap individu untuk menambah syer ataupun baru pertama kali membeli syer adalah RM500 sahaja. Selebihnya akan diletakkan sebagai ‘waiting list’. Gunakalah sebaik mungkin peluang ini kerana kalau dilihat pada perjalanan dividen untuk syer ini melebihi 10%. Jadi terpulanglah kepada anda untuk membeli atau tidak. Jumlah dana yang di buka ialah sebanyak 1 billion. Dana ini tak tahu berapa lama akan ada kekosongan. Yang pasti, aku sudah mengambil bahagian dengan menambah syer, korang ingin menjadi penonton lagi?

Advertisements

Penghutang dan Pemberi Hutang. Siapa Lagi Kejam??

Kali ini aku saja nak sembang-sembang pasal penghutang dan pemberi hutang. Banyak kita baca di dengar di dada-dada akhbar dan tv pasal sifat negatif daripada pemberi hutang. Pemberi hutang ini termasuklah Along, individu yang memberi hutang dan sesiapa sahaja yang berkaitan memberi duit kepada seseorang (penghutang). Kita tahu bahawa Along terkenal dengan sifat manipulasi dari pembayaran balik hutangnya, tapi aku tak salahkan diaorang 100%. Bagi aku penghutang juga salah.. kenapa aku cakap macam tu. Ok.. mula-mula aku ceritakan keburukkan dan kebaikkan Along ni. Yang aku nampak keburukkan Along ialah cara diaorang nak mintak duit balik apabila sampai tempohnya dan perubahan sistem bunga@interest. Kebaikkan yang aku nampak yang mereka ini memberi peluang untuk penghutang meminjam duit selepas tak lepas dari pinjaman bank. Tapi cuba korang fikir balik, kalau orang pinjam duit dari korang tapi orang tu tak bayar. Korang marah tak?? Mesti kan.. jangan tipu laa. Lagi seratus dua pun boleh gaduh-gaduh, inikan pula kalau ribu-ribu atau puluhan ribu maupun jutaan ribu. Pada pemahaman aku, ada penghutang fikir yang diaorang tak mampu bayar balik hutang yang di pinjam? Ada diaorang fikir dengan sesiapa diaorang berhutang? Ada diaorang fikir kenapa buat loan ngan bank tak lepas? Ada penghutang fikir nak bayar ke hutang tu? Aku rasa kalau penghutang menunaikan tanggungjawab sebagai penghutang, kekejaman dari Along takkan berlaku. Betul tak korang fikir.. Masa penghutang nak mintak duit, cuba korang tengok lenggok penghutang… cakap sikit punya manis, lemah lembut laa.. itu ini laa. semuanya baik tapi bila dapat. Hilang laa apa yang dijanjikan sebelum ni. Jadi mau pemberi hutang nak marah bila penghutang tak bayar seperti yang dijanjikan.  Jadi ada yang mintak cara baik dan ada yang mintak cara kejam. Itu cara diaorang.. kalau dah hutang tu, tahu laa bayar balik. Jadi siapa yang kejam.. penghutang laa kan sebab tak lakukan kewajipan. Kalau dah tahu cara Along tu kejam dan suka ubah interest sesuka hati, kenapa nak pinjam pulak. Penghutang takde pilihan?? menipu semua tu.. setiap benda ada pilihan cuma cara kita sahaja boleh menerima pilihan itu atau tidak. Walhal peminta sedekah pun amik pilihan tu sebab pilihan tu lagi senang cuma maruah dioarang letak di kaki-kaki lima sahaja.

Kalau korang tengok perihal bank pula. Kenapa bank susah memberi hutang kepada penghutang-penghutang yang dirasakan tidak layak. Sebab mereka sudah jumpa berapa juta penghutang yang punyai sifat susah bayar bila dah pinjam. Tak caya?? Cuba tengok berapa banyak penghutang yang tak bayar kad kredit, berapa ramai penghutang tak bayar duit kete (dah laa beli kete mahal), berapa ramai yang di sita rumahnya, berapa ramai yang tak bayar duit loan?? Ramai kan.. dah berapa ramai yang muflis sebab tak bayar hutang dan berapa ramai yang dah bankrap dari bayar hutang? Jadi korang pun boleh fikir sendiri sebab korang juga mungkin berhutang.. Sekali lagi aku tegaskan, kalau penghutang bayar.. pemberi hutang pun suka. Kan kan.. Kalau korang taknak berhutang, jadi jangan laa berhutang kan.

Lepas itu, kalau korang tengok individu yang memberi hutang tanpa interest. Ada penghutang bayar bila cukup masanya.. Ada saja alasan bila time nak bayar. Aku rasa korang mesti pernah mengalami sebagai penghutang atau pemberi hutang. Jadi korang tahu rasanya kalau korang berada di dalam kasut penghutang atau pemberi hutang. Cukup senang apabila kita nak mintak hutang, tapi cukup susah bila nak bayarnya. Itu memang lumrah sifat manusia.. lebih senang menerima dari memberi. Jadi manusia ni lebih senang menerima hutang daripada memberi duit untuk membayar hutang. Mungkin rasa kekurangan duit bila bayar hutang.. dah tau pinjam, tau je laa bayar kan.

Aku memang ada pengalaman dari menjadi penghutang dan pemberi hutang selama mana aku hidup ni. Setakat ni, aku memang menjalankan tanggungjawab kepada pemberi-pemberi hutang dahulu dan mereka takde pun ganggu aku. Aku cuba bayar dengan cara apa sekalipun asalkan tanggungjawab aku sebagai penghutang terlaksana. Kalau nak cipta alasan, pelbagai alasan untuk membayar hutang boleh di reka dan pemberi hutang juga boleh cipta pelbagai alasan kalau pemberi hutang rasa korang ni tak layak nak berhutang.

Berbalik kepada hutang.. ada yang kata pemberi hutang ni makan riba laa, banyak amik untung laa.. itu ini laa. Itu dah keja diaorang, amik profit daripada tu. Kalau takde penghutang, takde laa pemberi hutang boleh hidup. Kalau korang cakap, kalau tak hutang nanti takleh hidup. Itu bangang namanya. Kalau di tengok orang bandar nampak lebih kaya daripada orang kampung. Dengan kereta, handphone, rumah, cara hidup, pakaian dan segala-galanya nampak lebih dari orang kampung. Nampak kaya kan orang bandar ni, tapi cuba tengok tahap hutang ni. Boleh aku cakapkan yang orang bandar ni memang kaya.. kaya dengan hutang.

Kalau berbalik kepada ajaran agama, Islam tak gemar pengikutnya berhutang. Tapi kalau berhutang tu, bayarlah dengan masa yang ditetapkan atau dengan segera. Sesungguhnya kalau korang takde hutang, korang rasa lebih bahagia. Aku cakap dari pengalaman aku, walaupun aku baru settlekan hutang aku secara penuh (bayar awal dari masa yang ditetapkan). Tapi aku sudah merasa lega sebab satu beban hutang tak perlu di galas lagi. Dan boleh tgk bila aku dapat gaji, aku duit yang masih wujud hingga ke hujung bulan. Sekarang, misi aku cuma untuk menghapuskan hutang yang masih wujud. Contohnya hutang kereta..ie. Memang rasa sayang nak bayar hutang dengan kadar yang banyak tapi aku pejamkan mata sahaja. Kebaikkannya.. aku lega dari bebanan hutang tu. Ni hutang bank ya.. bukan hutang Along.

Jadi back to basic. Korang hiduplah secara sederhana kerana kesederhanaan itu lebih baik dari melebih-lebih. Jangan ikut poket orang lain, ukurlah poket diri sendiri sebelum berhutang. Jangan disebabkan ikut cara hidup orang lain, korang kekal dalam hidup yang kaya dengan hutang.

Bandar Dari Pencungkil Gigi

Hari aku, aku takde benda sangat nak tulis. Lagipun korang mesti boringkan asyik baca teks je. Aku dapat dari kawan se’ofis’ pasal gambar ni. Aku tengok memang takjub aaa sebab beliau ni @ Mr Stan Munro mempunyai kesabaran dan ketelitian yang amat tinggi. Beliau bekerja di Museum of Science and Technology in Syracuse , New York ( USA ). Beliau mengambil masa selama 6 tahun untuk menyiapkan sebuah replika bandaraya yang amat cantik ni. beliau juga telah menguna pakai sebanyak 6 juta pencungkil gigi dan 160 liter gam. Kalau korang tak impress, aku tak tahu aa..

Isu Wang Royalti VS Wang Ihsan

Aku terdetik untuk menulis perihal isu royalti minyak vs wang ehsan terhadap negeri Kelantan ini. Pada mulanya, aku tak kisah sangat kerana aku berpendapat sesuatu yang di canang oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik. Namun, lama kelamaan aku melihat isu ini menjadi semakin serius kerana aku melihat media cetak dan elektronik bersungguh-sungguh mengenai hal ini. Siap masuk newspaper, forum dan berita. Tidak terkecuali dalam alam maya ni. Biar aku sisipkan beberapa kata-kata dari orang yang berkenaan:

Tengku Razaleigh atau di kenali dengan Ku Li telah menyatakan bahawa ”The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly.” atau dengan alih bahasanya setiap negeri berhak mendapat 5% dari hasil petroleum di kawasan pesisir pantai lebih daripada tiga batu nautika yang dikeluarkan oleh pihak PETRONAS. PETRONAS juga wajib membayar wang dari hasil petroleum (royalti) kepada pehak negeri secara terus (yang versi melayu ni aku alih bahasa laa).

Tuan Guru Nik Aziz pula menyatakan : “apa bezanya hasil perut bumi lain di Kelantan ini dengan hasil minyak. Hasil galian dan logam seperti emas, besi, balrite, dan sebagainya diberi hak kepada Kerajaan Negeri, kenapa pula hasil minyak dan gas yang juga dari perut bumi Negeri ini tidak nak diberi hak kepada Negeri. Kemudian, apa pasal pula Pusat memandai-mandai buat undang-undang nak beri ehsan kepada Negeri, sedangkan hasil itu digali dari perut bumi Negeri. Hakikatnya, pihak Kerajaan Pusat di Putrajaya tak ada setitik pun minyak, tapi mereka membolot kesemuanya. Apa yang berlaku ialah minyak sudah digali di laut sana, ia tidak di perut bumi Putrajaya, sebaliknya ia digali di Laut Cina Selatan yang jelasnya kalau tidak hak Kelantan, maka ia hak Terengganu atau hak Thailand. Namun, maklumat yang diketahui umum, minyak sudah dikeluarkan dari laut Kelantan. Tiba-tiba kita di Negeri yang keluarkan hasil minyak nak diberi ehsan. Sepatutnya, kerajaan Negeri yang ada hasil minyak yang beri ehsan kepada Pusat. Ini sudah terbalik, dan sudah tidak berlaku keadilan.”

Dari pembacaan aku, Ku Li ada menyatakan bahawa sekiranya isu Akta 1975 di guna pakai, maka kesemua negeri-negeri di Malaysia tiada hak untuk isu royalti minyak kerana negeri-negeri tersebut adalah luar dari 3 batu nautika dari pesisir pantai. Jadi kenapa ia menjadi suatu kesusahan walhal akta undang-undang sudah menyatakan bahawa negeri Kelantan berhak mendapat wang royalti dan bukannya wang ehsan. Kalau korang tengok balik, pada tahun 1999 (semasa pemerintahan PAS)… Terengganu hanya menerima wang ihsan dan apabila BN kembali memerintah di sana, ia kembali pula kepada royalti. Adakah ada unsur akta flip flop berkenaan isu ini? Kenapa pula Ku Li mengambil langkah menyatakan sesuatu yang bercanggah dengan corak pemerintahan UMNO, adakah mempunyai kepentingan sendiri atau sekarang sudah berani untuk menyatakan sesuatu yang hak. Kalau di lihat sekarang, isu ini menjadi semakin suram oleh media-media tempatan dan penjelasan oleh pihak kerajaan amat kabur mengenai hal ini. Maksud aku sekadar bercakap sahaja dan bukannya dengan sisipan fakta.

Di sini aku kepilkan surat balas Ku Li kepada Tuan Guru mengenai isu Tuntutan Royalti Minyak:

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’  berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam  Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga.  Ini menyebabkan  Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai  Malaysia di perairan Sarawak.  Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak.  Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri.  Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia.  Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui  dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai  bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam.  Jelas sekali PETRONAS  terikat dengan  perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan  kepada Kerajaan Negeri Kelantan.  Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia.  Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS  menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS  di bawah Akta tersebut.  Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS..  Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan  dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

Aku tidak mahu bercerita panjang mengenai hal ini, biar lah aku kepilkan rujukan yang korang boleh baca mengenai isu ini. Sekurang-kurangnya korang baca fakta bukannya auta dari aku. Aku tak dapat cari ke mana hujah-hujah dari kerajaan mengenai isu ini. Kalau ada, aku masukkan nanti (kalau sesiapa ada simpan ke, tolong scan/emel kat aku pun takpe).

http://razaleigh.com/2009/07/31/letter-to-mb-of-kelantan-on-oil-royalties/

http://razaleigh.com/2010/02/

http://razaleigh.com/2010/01/28/oil-forum-in-kota-bharu/

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/32/kelantan-tuntut-royalti-tolak-ehsan

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/30/royalti-siapa-yang-celupar-

Bagi aku, kalau itu dah hak orang Kelantan.. bagi laa. Orang nampak kita buat baik dan orang juga nampak kita buat kianat. Cuma masa yang menentukan bila masa orang lain boleh nampak benda tu..

Prototaip Proton Emas

Di dada akhabar dan berita, telah dipanaskan dengan satu kereta konsep dari Proton iaitu Proton Emas, Emas Country dan Emas 3. Bagi aku, ini satu pembaharuan dalam dunia proton. Tapi ada juga khabar-khabar yang menyatakan kereta ini tidak cantik tetapi bagi aku, kecantikkan itu adalah ‘universal’. Mungkin pada pandangan sesorang itu cantik, tetapi pada pandangan orang lain sebaliknya. Seperti aku kata, kecantikkan itu adalah universal dan tiada kongkongan. Lagi satu, dah nama pun konsep… bila keluar untuk production, lain laa rupanya. Kalau tak caya, cuba tengok pada autoshow kereta yang memaparkan kereta-kereta konsep. Aku rasa aku tak pernah jumpa kereta konsep yang 100% sebijik sama bila dikeluarkan kepada umum. Tul tak? Ini kerana ia merupakan “KONSEP” iaitu idea atau pandangan pereka terhadap benda yang di reka. Jadi bila dah di uji dengan teliti, baru lah ia nilai dari segi penggunaan dan ketahanannya.

Aku harus akui bahawa tidak semua kereta Proton itu tidak bagus, tetapi setakat ini… kalau kereta proton itu ada tulis ‘Handling by Lotus’ memang ketara perbezaannya dengan kereta-kereta seangkatan dengannya. Kalau tak caya, try naik Proton GTi, Proton Waja.. memang jauh berbeza dengan kereta Proton Wira atau Proton BLM. Ini kerana Lotus telah mempunyai kepakaran yang agak tinggi dari segi handling. Itu baru handling beb, kalau enjin tune by Lotus.. mau lagi laju kereta-kereta Proton di jalanraya. Sekarang pun berlambak yang dok bawak laju kat jalan.. hehehe. So far aku lega jugak laa sebab Proton mengambil langkah joint venture dengan Lotus dan masih bertahan hingga kini. Tidak terkecuali kereta konsep ini.

Aku juga bersyukur kerana Proton memilih untuk mengambil kejuruteraan dari Eropah jika dibandingkan dengan Jepun, ini kerana kereta Eropah lebih stabil apabila di pandu jika dibandingkan dengan teknologi Jepun. Kalau tak percaya, cuba naik kenderaan yang di reka oleh Eropah dan Jepun. Mesti ada perbezaan walaupun dari segi Revv enjin. Kereta Jepun memang terkenal dengan High Revving walhal Eropah sebaliknya. Nak tau kenapa, kena belajar corak geometri setiap negara pengeluar. Itulah sifat sebenar kereta-kereta dari pengeluar kereta atau kenderaan.

Ok, berbalik kepada kereta konsep Emas ni.. ada beberapa ciri yang aku lihat bagus iaitu EMAS sendiri merujuk kepada ‘Eco Mobility Advance Solution’. Emas merupakan kereta konsep yang mempunyai 5 pintu hatchback untuk pemanduan biasa, Emas 3 merupakan 3 pintu hatchback untuk pemanduan bandar yang makin padat ni dan Emas Country yang lebih kepada pemanduan jauh dan mempunyai leturbentuk yang berkonsep SUV. Ketiga-tiga kereta ini berkonsep kepada mesra alam bukannya kepada racing development. Dengan kata lain ‘Go for Green’. hehehe.  Aku rasa aku takyah citer laa pasal pencemaran alam sekitar ni sebab korang dah tahu kan. Nanti panjang lak citernya. Kira Proton buat satu alternatif untuk sesiapa yang sayangkan alam sekitar. So, pilihan dah ada.. terpulang pada diri sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh laa tengok dekat website http://paultan.org/2010/03/02/proton-showcases-the-emas-emas-country-and-emas3-trio-of-concepts-at-geneva-2010/ untuk spesifikasi dan web untuk perekanya iaitu Italdesign Giugiaro’s : http://ginevra2010.italdesign.it/#/stand-en . Di khabarkan akan keluar dalam jangkamasa lagi 2 tahun. Tunggu dan lihat lah dari konsep kepada pengeluaran. Harap-harap lagi cantik tetapi Eropah ini kekadang design dier pelik-pelik skit maklum lah kita ni dah biasa dengan pereka Jepun.

Bab interior dier, aku agak suka sebab agak kemas dan futuristik. Kira lain dari yang lain laa.. dan harapan aku, kualiti pun ok. Sebab kalau tengok, kereta sekarang ni dah lebih kepada plastik dan bukannya di balut seperti kereta-kereta terdahulu. Tak caya try tgk dari Honda, Toyota, Nissan, Proton, Perodua dan sebagainya. Kebanyakkannya plastik.. kalau korang boleh ‘feel and touch plastic’, kira korang boleh laa. Kalau aku, aku pegang material dulu.. pastu baru rasa keluasan dan enjin.  Aku pun harap Proton ni agak terkenal dengan jangkahayat interior yang agak pendek. Maksud aku, pakai setahun dua.. dah mula bunyi anak tikus laa, bunyi siul laa, takleh bukak tingkap laa…

Aku lebih menyokong Proton dari Perodua kerana comparison harga dan keinginan untuk ‘move forward’. Kalau dulu, kita selalu cakap yang Proton base kepada Mitsubishi dan Perodua base kepada Daihatsu. Tetapi sekurang-kurangnya, Proton ada memberi variety dengan menggunakan teknologi Renault (Savvy dan Waja 1.8), Citroen (Tiara) dan Lotus Engineering (Waja 1.6 dan GTi). Jadi sekarang telah bermula dengan Campro, Campro AFM dan Campro CPS (orang kata sedap, tapi tak tahu laa.. aku  tak pernah naik CPS lagi). Dan dengar kata ada lak CPS Turbo. Lagi terbang laa jawabnya. Ke mana perginya Engine S2000 yang dikatakan agak ‘Power’ kalau di’production’kan. Cuma kekadang kita masih belum mampu membayar harga maintenance untuk sparepart dari negara Eropah. Kita sendiri yang melambakkan spart part Jepun di malaysia jadi spart part tu je laa yang murah kan.. yang mana permintaan tinggi, yang tu laa jadi murah. 🙂 itu falsafah spare part laa.

Akhir kata, majulah Proton dan bak kata bekas perdana menteri kita (Dr. Mahathir Mohamad) “Proton kita sudah bernafas kembali”. Walaupun aku tak pakai kereta berjenama Proton tetapi tidak bermakna aku tidak berminat kepada Proton. Proton kena bagi aku ‘impress’ dulu dengan harga dan kualiti jangka hayatnya. Aku ada minat tetapi belum tahap nak memilikinya.

Hukum Bermuamalat Dengan Bank-Bank Perdagangan

Petikan ini aku ambik dari keputusan  Muzakarah Kali Ke-32 (10–11 Jun 1993):

Perkara-perkara yang HARUS:

– Bekerja di bank atau institusi kewangan hukumnya harus.

– Menyimpan di bank dengan tidak mengambil faedah hukumnya harus.

– Menerima berbagai bentuk hadiah dan pemberian dari bank dan institusi kewangan seperti biasiswa adalah harus hukumnya.

Perkara-perkara yang HARAM:

– Pinjaman bank atau institusi kewangan adalah haram hukumnya kecuali kerana terpaksa bagi memenuhi keperluan asas yang mendesak.

– Wang faedah yang diperolehi dari bank atau institusi kewangan adalah haram digunakan untuk diri sendiri tetapi hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.

– Menyewa bangunan kepada bank adalah haram.

– Memegang saham bank yang mengamalkan riba adalah haram.

Akhir kata, aku ingin pesan kembali.. harus itu bukanlah halal maupun haram. Ia merupakan perbuatan-perbuatan atau amalan-amalan yang diserah kepada pilihan manusia samaada ingin melakukannya atau meninggalkannya di mana sebarang pilihannya tidak akan membawa implikasi dosa atau pahala.

Door Gift 1

Ini ada beberapa ‘door gift’ yang di buat oleh mak mertua aku, ‘door gift’ ini ‘home made’ punya.  Penghantaran boleh dilakukan sekiranya luar dari kawasan Kedah (Alor Setar). Selamat mencuci mata. Kalau sesiapa yang berminat untuk menempah ‘door gift’ ini, boleh berurusan terus dengan Cik Ti di emailnya iaitu khairati.ismail@yahoo.com. Insya’allah korang akan rasa berbaloi dengan hasilnya.