Ali dan Hutangnya…

Assalamualaikum semua. Di sini aku ingin berkongsi sikit mengenai ali dan hutangnya. Mula-mula, biarkan aku listkan serba sedikit hutang-hutang yang selalu di ambil sepanjang hidup kita ni melainkan kita ni mmg di”support” 100%. Biarkan aku jadikan kisah sebagai Ali.

1. Hutang Masuk Universiti / Kolej : bagi aku, ini boleh menjadi satu permulaan yang boleh merosakkan kehidupan kita pada masa akan datang. Kalau sesiapa yang bijak, ia tidak membebankan sangat tapi kalau yang salah langkah, buruk padahnya. Kalau anda dapat biasiswa, anda di kira agak beruntung…  bukan aku nak cakap, kalau kita belum bertapak pun dah berhutang, so bila dah bertapak.. bertambah-tambah laa hutang. Sebagai contoh, Ali nak masuk ke universiti dengan cara mengambil loan pembelajaran. Lalu loan tersebut akan mula aktif selepas 6 bulan dari tamat pengajian secara normal. selalunya diploma mengambil masa 2-3 tahun manakala degree 4-5 tahun dan tempoh pembayaran loan adalah 10 tahun. Jadi Ali dah terikat dengan satu hutang dengan jangkamasa 10 tahun. Jadi Ali dah seronok mendapat loan pembelajaran pada sesi menjadi seorang mahasiswa dengan membelanjakan segala wang pembelajaran dengan bertukar-tukar hp, motosikal, pakaian, belanja awek dan sebagainya. Di sini adalah kesilapan pertama Ali iaitu membelanjakan semua wang loan pembelajaran dengan mengadaikan wang yang nak digunakan pada 10 tahun selepas Ali habis belajar (itupun kalau tamat belajar…). Kalau Ali ni seorang yang agak bijak, dier hanya menggunakan loan pembelajaran itu untuk membayar “study feees” manakala selebihnya di simpan atau dilaburkan dalam ASB atau Unit Trust. Kalau Ali ni amat bijak, dier akan mencari sumber rezeki tambahan untuk membayar kembali loan pembelajaran semasa dier dalam mahasiswa @ caj perkhidmatan loan pembelajaran belum diaktifkan. Secara contoh : Ali membuat pinjaman sebanyak RM 12,000 (tidak termasuk caj perkhimatan yang digembar-gemburkan@bunga).

2. Ali pun sudah grade dengan jayanya.(Alhamdulillah.. Ali grade, kalau tak grade bayarlah hutang tu secara sia-sia sampailah langsai kesemuanya). Maka bermulalah episod yang akan mengerikan secara tidak sedar kepada diri Ali. Jadi Ali mendapat pekerjaan sebagai eksekutif yang diidam-idamkan selama ni dan mendapat gaji secara puratanya Rm 1800. Ali bekerja dengan rajin selama 6 bulan. Selepas itu atas alasan melihat kawan-kawan memakai kereta, Ali pun mahu mengikut jejak kawan-kawanya. Atas nasihat kawan-kawan(sebenarnya inilah menjadi bebanan Ali kalau silap memilih kawan), Ali membeli sebiji kereta baru yang berharga Rm 45,000 (tidak termasuk interest lagi ni). Loan ni di buat selama 9 tahun kerana termakan dengan bulanan yang murah (padahal inilah perangkap kepada Ali). Kalau Ali agak bijak, dier akan beli kereta secondhand yang murah tetapi kondisi yang baik, sebagai contoh kancil. Kalau Ali lagi bijak, dier kumpul duit selama 5-7 tahun untuk membeli kereta secara cash. Anda fikir mustahil??? Tiada yang mustahil kalau anda sabar dan ukur duit pada poket anda  sendiri. Jangan lupa yer… Ali dah mula kene bayar loan pelajaran dengan pertambahan caj pekhidmatan@bunga. Jadi Ali sudah menanggung dua bebanan yang akan ditanggung dalam jangkamasa 9-10 tahun lagi. Cuba kita kira berapa jumlah hutang Ali. Rm 12,000 + Rm 45,000+(caj perkhidmatan dan bunga dari kedua-dua hutang tersebut) = Rm 57,000 + caj perkhidmatan. kalau dibahagikan jumlah hutang, tidak termasuk caj perkidmatan Ali terpaksa mengeluarkan sebanyak Rm 527.78 sebulan selama 9 tahun. Kalau ditolak dengan gaji Ali, Rm 1800 – Rm527.78 = 1272.22 (nampak banyak bukan? Cuba tolak dengan kos pengangkutan, tol, servis2 biasa pada kenderaan, pakaian kerja, pakaian melaram, modified kereta itu ini, belanja awek…etc. Anda rasa cukup dengan duit sebanyak tu untuk tanggung semuanya? Mari kita detailkan lagi… kos minyak kereta Rm 300 atas kiraan Rm 10 per sehari, makan Rm 300 atas kiraan Rm 10 per sehari, Rm 100 cukai kerajaan amik utk kwsp n socso, rm 50 untuk pakaian pejabat pada megasale, rm 30 untuk t-shirt megasale, rm 50 untuk servis kereta atas kiraan rm 150 – 3 bulan, belanja awek tgk wayang rm 70 atas kiraan 2 kali seminggu, sewa bilik rm 200, rm 10 api air = Rm 1110 tidak termasuk benda-benda lain yang aku tak nyatakan dalam list tadi.) Jadi Ali ada Rm 162.22 sebulan ( tidak termasuk kos tol, modified kereta, insurans, roadtax, kecemasan, makan fastfood, hantar duit kat kampung, tayar kereta..etc). Anda rasa cukup, fikirkan laa kembali yerr.

3. Aku ceritakan pula pada fasa ketiga iaitu Ali hanya sempat membuat simpanan sebanyak rm 50 ringgit sahaja untuk sebulan. itupun akan digunakan balik apabila ada kecemasan pada diri dan kereta.  Jadi Ali terpaksa bermula balik dari mula kembali. Semasa Ali jalan-jalan kat pasaraya terkemuka, terserempak pulak dengan penjual kad kredit yang cantik. Penjual ni pun cerita laa macam-macam kebaikkan kad kredit. (kalau pandai guna, mmg bagus kad kredit ni). Jadi kerana memikirkan taraf hidup yang meninggi, jadi Ali amik kad kredit silver. Dengan kemudahan yang ditawarkan oleh kad kredit, maka Ali merasakan itulah pertolongan yang Tuhan tunjukkan kepadanya padahal itulah godaan ke arah kebinasan lagi. Jadi dengan kad kredit, maka mudahlah Ali membeli apa-apa sahaja yang ingin didambakan selama ini kerana pakej bayaran minima yang ditawarkan. Setakat ini, Ali mmg pengguna yang bijak kerana Ali tahu menggunakan kad kredit dan mengelakkan dari menggunakan pembayaran minima. Syabas untuk Ali!

4. Setelah 4 tahun berkawan, maka awek Ali pun mintak laa untuk masuk meminang dan Ali pun tidak terfikir untuk menyimpan duit ke arah itu kerana Ali pun selalu miss untuk menyimpan wang. Jadi Ali fikir punya fikir, akhirnya keluar mentol yang cerah dikepala Ali. Yes, personal loan! Jadi Ali pun dengan cepat membuat perbandingan dari pelbagai bank dari segi interest yang terendah. Jadi Ali pun amik la bank yang memberi pulangan 5 kali gaji iaitu Rm 9000 selama 5 tahun. Jadi bulanan pun secara kasarnya rm 150 sebulan tidak termasuk interest. Jadi kalau kita tolak dari balance yang lebihan tadi maka rm162-rm150 = rm 12 sebulan. Jadi cukupkah rm 9000 untuk membuat belanja perkahwinan, mari kita kira… Rm 6000 duit hantaran, rm 2000 untuk kenduri di kampung, rm 600 untuk kad (rm 60sen seunit x 1000 keping)+bayar kos itu ini. Xcukup kan?? mana duit untuk beli barang hantaran, mana duit nak sewa baju pengantin, mana nak kira kos-kos hangus. Ok laa, memandangkan awek Ali ni bertimbang rasa so dier sponsor yang lain-lain tu melainkan barang hantaran. So mana Ali nak cari duit untuk beli barang hantaran, so dier gunalah kad kredit dengan harapan dapat membayar bayaran minima setiap bulan padahal mana cukup rm 12 nak membuat pembayaran minima. Kalau anda tengok dari atas tadi, maka boleh di lihat 2 tahun pertama, Ali punya income sudah menjadi negatif dan bukannya positif. ini tidak lagi di kira kos lepas kahwin, ada anak…etc. Duit emergency = takde, duit simpanan hari tua = takde melainkan kwsp, duit untuk simpanan anak = takde, duit untuk diri sendiri = takde, apa yang ada = HUTANG yang beribu-ribu lemon. Jadi anda tahu lah kenapa ramai sekarang anak-anak remaja muflis pada usia yang awal. Kerana gaya hidup berhutang dari awal pembelajaran hinggalah masuk ke alam pekerjaan yang pertama!! Jadi fikir-fikirkan lah.🙂

moral of the story : Jauhi sifat berhutang dan membuat saving sebanyak yang mungkin. Kalau Ali bijak, dier akan membuat perkara-perkara seperti ini :

1. Ambil loan pelajaran tapi membayar secepat mungkin, mencari alternatif income semasa belajar dan menggunakan duit loan pelajaran setakat yang betul2 termampu sahaja.

2. Simpan duit dari awal pekerjaan dengan memasuki dalam ASB atau Unit Trust. Kereta akan susut nilai 10% semasa anda menandatangani perjanjian jual beli, 2 tahun atau 3 tahun pertama hanyalah membayar interest kereta bukan nilai kereta. Kalau tak percaya, anda kira sendiri. Terpulang laa untuk menyimpan 1-2 tahun untuk kereta terpakai atau 5 tahun untuk kereta baru. Anda harus ingat, CASH payment yer.

3. Biar ada semaksimum 1 kad kredit sahaja, buat untuk emergency case sahaja ataupun guna untuk beli barangan dan membayar sebelum kadar caj dikenakan.

4. Kalau dah kumpul duit dari awal, perkara ni takkan jadi masalah. Kalau ada masalah kewangan, pinjam dengan famili yang terdekat bukannya dengan bank.

5. Ali akan mendapat bonus dengan memgikuti langkah-langkah tersebut. Ada duit simpanan, kepala tidak pening dan bahagia hidupnya sampai laa Ali menghembuskan nafas yang terakhir kerana ada cukup simpanan untuk diri, anak-anak dan isteri. Yang paling penting, susahnya 4-5 tahun tapi bahagia hingga ke akhir hayat dan membantu anak-anak dalam bebanan kewangan awal penghidupan. Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s