Antara kehendak dan tanggungjawab

Aku rasa dah lama aku tak meng’update’ aku punya blog. Sori laa, sebelum ni aku aku tak berkesempatan kerana tugas di pejabat dan di rumah silih berganti. Hmm… tiba-tiba aku teringat ketika aku hendak berkahwin dulu. Masa muda-muda dahulu, kalau sebut kawin… tersengih je memikirkan syoknya tengok orang berkahwin. Pada masa tu, mana ada nak fikir pasal tanggungjawab ni. Maklum laa, bila tanya kat orang yang baru kawin.. semua kata bestttt. Hehehehe.. Tapi lama kelamaan aku terfikir tentang tanggungjawab. Adakah aku mampu memegang tanggungjawab yang maha berat kalau diteliti secara halus. Sebelum aku berkahwin dahulu, ada jugak aku mendengar ceramah di radio, masjid maupun internet. Bab lain ok je, bab tanggungjawab suami yang aku agak gentar. Mana taknya.. suami takkan masuk syurga kalau suami tak tunaikan tanggungjawab sebagai suami. itu baru tanggungjawab suami.. belum di kira anak, abang atau ayah. Tapi itu lah, bab kata pepatah “kalau takutkan ombak, usahlah berumah di tepi pantai”.

Pada permulaan perkahwinan, memang aku rasa dunia yang amat berbeza. Kalau dulu, nak buat apa ke.. nak pegi mana ke.. nak keluar dengan sesiapa ke.. semua tak kisah. Sekarang semua kene ambil kisah. Yelaa.. kene jaga hati semua pihak. Hehehe. Tapi bagus juga kahwin ni, kita mengikut suruhan Rasullah s.a.w dan dalam masa yang sama, mengikut fitrah kejadian manusia iaitu hidup berpasangan. Sapa tak mau kawin ooo… Bagi aku, kalau dah kahwin tu. Kena banyak toleransi dan dalam masa yang sama kena tegas kepada beberapa perkara dan berlembut dalam beberapa perkara. Aku juga belajar untuk mengenali pasangan aku (isteri) untuk mengetahui apa yang disukai dan apa yang kurang digemari, kena tahu apa yang salah dan apa yang betul, kena ingat tarikh-tarikh tertentu (yang ni aku selalu fail ni..), kena faham pasang surut mood isteri (yang ni kena belajar bagi expert..nak tau kenapa? tanya laa kepada orang yang dah kahwin..hehe) dan pelbagai lagi. kang berkajang-kajang pulak aku kene menaipnya. Korang kawin, korang tahu laa  nanti. Apa yang aku nak cakap.. jiwa perempuan ni halus, kena pandai nak bimbingnya. Jangan asyik nak keras je..

Tapi alhamdulillah, kini aku makin memahami apa itu tanggungjawab dalam kehendak yang aku dok tersengih-sengih dahulu. Pada pandangan aku, kalau aku bahagiakan isteri aku.. nanti-nanti isteri aku akan bahagiakan aku pulak. Ni bukan untuk isteri je laa, bak kata orang.. untuk orang sayang pada kita, sayangi lah orang itu terdahulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s