Bas Ekspress

Di sini mungkin aku menceritakan serba sedikit pengalaman aku naik bas ekspress ketika pulang bercuti pada krismas (2009). Dari perjalanan aku dari Kuala Lumpur ke Kelantan, alhamdulillah semuanya berjalan lancar cuma bas pertama ni kerusinya tidak sesuai untuk perjalanan jauh kerana countour kerusinya yang tidak terlalu menyokong bahagian belakang. Aku memilih mengambil bas (itupun bas 2 tingkat) dan mengambil bahagian bawah kerana beranggapan lebih selesa kerana jarak graviti lebih rendah jika dibandingkan dengan seat kat atas. Pada mulanya aku ingin mengambil keretapi ataupun kapal terbang, namun apabila dikira kos yang agak tinggi (untuk 2 orang) menjadikan aku mengambil keputusan untuk mengupah driver bas untuk menghantar aku pergi dan pulang.  boleh laa aku tido je dalam bas.. (sebenarnya aku tak larat nak drive sebab terkena demam, selsema dan batuk sekaligus. agak bahaya kerana aku sorang je yang memandu)

Apabila aku nak balik kembali ke ibukota, aku juga mengambil bas ekspress 2 tingkat dan memilih bahagian bawah sebagai tempat untuk aku + wife aku untuk berehat. Pada pagi itu, tersebar berita mengenai bas 2 tingkat yang kemalangan di muka-muka akhbar. Dah laa aku menaiki brand bas yang sama. Kekadang tu terdetik laa jugak kerisauan di hati tapi aku banyak bertawakal kepada Allah dan banyakkan memberi semangat kepada isteri ku yang tgh mengandung 6 bulan pada ketika itu. .

Aku sangkakan aku dapat berehat dengan senang hati apabila memilih bas yang mempunyai nama dan berstatus VIP, nyata kenyataan aku amat meleset sama sekali. Bayangkan sisa buangan air aircond menitik2 di tempat duduk aku. mula-mula boleh laa tahan tapi baru perjalanan 20 minit, seluar aku makin basah. Aku nekad ke depan dan bagitau kat driver. Kata-kata driver tu nyata tak memuaskan hati aku, ada dia kata tak sempat repair dan kalau cover ngan platik nanti buat malu je sebab nampak macam bas tu buruk. Aku nak marah pun tak guna jadi aku duduk laa kat tangga bas tu selama 8 jam. Di ulang 8 jam! Naik kematu punggung aku di buatnya. Dah laa takde bagi aku lelap sekejap kat bantal 2nd driver (masa diaorang tak guna laa). Tapi aku bersabar je laa.. Jadi aku cuba laa bersembang-sembang dengan driver bas supaya boleh mengalih perhatian kekematuan bontot aku ni. Dari keputusan yang aku sembang tu menunjukkan bas ekspress ni hanya mementingkan duit semata-mata apabila tiba musim cuti. Aku lupa nak bagitau yang pemilik bas ekspress ini dahulu adalah artis / pelakon pada suatu ketika dulu. Tak terkenal sangat pun…

Kesimpulan yang boleh aku buat, jangan anggap bas baru tu semua baru. Kalau tak diservis dengan baik, jadi buruk jugak. Driver pun jangan terlalu mengejar tips.. fikir sama tanggungjawab membawa orang kat belakang tu. Jangan asyik nak menyebat gaji je.. (diorang ni bulanan pun leh mencecah 2k ke atas tau).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s