Politik Malaysia Kini

Rasanya aku tak gemar menceritakan perihal-perihal politik dalam kehidupan aku maupun di dalam blog. Tapi tak salah kalau aku sembang-sembang kosong di dalam blog aku bukan. Lagipun aku taknak menyentuh isu-isu yang terlalu sensitif dan mungkin menyebabkan aku di kejar ke sana sini oleh pihak berkuasa maupun perisik-perisik. Walaupun nampak best kalau tengok aksi kejar mengejar dalam citer James Bond tapi aku rasa aku ni sekadar Jabon jaa. Jadi aku taknak mengatal tangan bab-bab yang sensitif.

Biarlah aku mulai dengan isu parti-parti yang famous di Malaysia. BN (Umno, MCA, MIC…etc) manakala PKR (DAP, Keadilan, PAS..etc). Aku kekadang rasa muak dengan isu-isu melaga-lagakan atau memburukkan parti lawan maupun parti sendiri. Bagi aku parti tak salah, yang salahnya individu yang memegang jawatan dan tanggungjawab kepada isu rakyat. Aku tgk banyak parti-parti yang hanya membuat kebaikkan bersifatkan ada niat udang disebalik batu dan bukannya ikhlas untuk menolong. Ada juga parti-parti yang hanya menabur janji-janji manis tanpa menunaikannya. Makin lama aku hidup.. makin jelak dengan mainan politik. Dek kerana politik, aku tengok media-media hanya memainkan sentimen politik majoritinya. Dengan arus kemodenan teknologi, makin mudahlah untuk menabur fitnah sesama sendiri demi kepentingan peribadi atau tertentu. Bagi aku, benda-benda macam ini mengarut sahaja. Kalau kita buat kerja, orang fitnah pun takleh pakai punya… nak tgk YB turun padang pun susah. Kalau dulu, kita sering dengar.. hari bersama YB dan YB turun padang bersama untuk membantu apa-apa yang perlu. Tapi kini… huummm, nak kata bz. Perdana menteri kita dahulu dan kini pun ada yang turun padang. Ada juga menteri besar yang turun padang memberi ceramah keagamaan. Ada juga YB yang asyik tido dan menambah lemak-lemak diperutnya. Jadi.. ke mana hala tuju rakyat kalau seorang wakil yang di pilih tidak melakukan kerja-kerja yang sepatutnya. Selalunya bila masa pilihanraya, baru laa sibuk bertanya khabar. Ada orang kata.. masa pilihanraya, mintak apa pun dapat.

Aku masih teringat pada satu ketika, beberapa blok flat menganjurkan Hari Keluarga untuk warga flat. Dan ketika sesi memberi hadiah, ada hadiah yang tidak cukup. Aku ingatkan dengan kehadiran YB di situ, dia sudi membantu. Yang kelakarnya dier boleh kalut-kalut nak balik. Katanya ada urusan yang harus diselesaikan. Kot ye pun ada urusan, hulurlah seratus dua bagi cukupkan hadiah. Tak luak pun dua tiga ratus tu dengan elaun yang dapat sebulan. Kalau korang berada di tempat aku ketika itu, pasti korang kata YB ni kedekut taik hidung masin (tak tahu laa taik idung orang kedekut ni masin ke idak.. aku tak pernah cuba. Mungkin ada yang pernah mencuba kot). nak dijadikan cerita, mmg hari tu tak cukup hadiah dan ada juga warga-warga flat yang gila hadiah (ni pun satu masalah jugak!). Jadi penghujung Hari Keluarga ni di akhiri dengan sikap tak puas hati dan bermasam-masam muka. dah lari dari niat asal untuk merapatkan ikatan sesama jiran.

Hmm… itu antara contoh yang aku dengar dan lihat sendiri laa. Tapi ada jugak yang aku dengar-dengar YB menolong dan menunaikan tanggungjawab sesama rakyat. Bukan semua YB UMNO, MCA, MIC, Keadilan, DAP, PAS…etc itu jahat atau tak amanah, ada yang memang betul-betul menunaikan tanggungjawab. Aku lebih suka menilai YB itu dari apa yang di buat dan bukannya bendera yang dipegang. Kebanyakkannya memanipulasikan bendera untuk kepentingan sendiri dan balaci-balaci yang disekelilingnya. Aku tak tau laa korang menilai dari bendera atau orangnya. Aku rela tak mengundi dari buang masa buat-buat undi rosak atau undi tak puas hati. Entah bila laa suasana politik kotor di Malaysia menjadi jernih kembali. Alangkah bagusnya kalau kita boleh tengok parti-parti yang kita pilih betul-betul menunaikan tanggungjawab bersama rakyat dan bukannya hanya goyang kaki di meja makan.

Mungkin suasana ini takkan wujud selagi YB – YB tidak sedar apa tanggungjawab yang harus dilakukan. Aku teringat pepatah dari cerita spiderman. Great power comes with Great Responsible!! Kepada ahli-ahli parti yang sudah terpesong dari niat asal, ingatlah hala tuju parti-parti yang korang bawak benderanya. Kalau tak puas hati, lompat lah parti. Kalau tak pun, kuar parti.. jadi parti bebas. Korang buat hala tuju sendiri.. sendiri mau ingat! Jangan rosakkan negara Malaysia yang aman ni disebabkan agenda korang yang tersendiri. Aku masih sayang kat Malaysia ni! Aku rakyat Malaysia bukannya rakyat Uganda, Papua New Guinea maupun England. Tengok balik sejarah, bukan senang nak MERDEKA!! Jangan patah balik ke belakang disebabkan mentaliti korang….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s