Kekeliruan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

Hmm.. rasanya topik ini sudah lama di bincangkan dan pelbagai keraguan telah timbul di hati setiap umat Islam yang melabur dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB). Sebelum ni, aku adalah golongan yang tidak terkecuali merasa was-was dalam hal-hal pelaburan ni. Ini merujuk aktikel yang aku baca berkenaan ASB ni iaitu :

Fatwa Yang Mengharuskan

Antara yang mengharuskan adalah Majlis Fatwa Perak, Majlis Fatwa Sarawak dan beberapa tokoh akademik.

Teks keputusan fatwa Perak berbunyi :-

Untuk makluman tuan mesyuarat jawatankuaa syariah perak yang berlangsung pada 1 Ogos 1992, membuat keputusan berdasarkan pendapat terbanyak serta dengan alasan-alasan syarak yang dikemukakan adalah seperti berikut :

“Bermuamalah dengan skim ASN dan ASB adalah harus dan segala keuntungannya berupa dividen atau bonus hukumnya HALAL”.

Antara alasan-alasan yang dikemukakan ialah :

  • Penglibatan umat Islam dengan skim ASN dan ASB yang ditaja oleh kerajaan begi membiak, mengembang dan meningkat ekonomi orang Islam di Negara ini yang bermuamalah atas jalan ‘Qirad. Apabila didapati pelaburannya kepada yang halal lebih banyak daripada yang haram hukumnya adalah HARUS sepertimana nas yang terdapat didalam kitab Ihya Ulumiddin dan Al-Fawaid al-Janiah Fi Al-Ashbah Wa An-Nazair ‘Ala Mazhab  As-Syafie.
  • Kedudukan ekonomi anak bumi khasnya umat Islam di negara ini dalam keadaan tenat dan sampai ke tahap darurat. Darurat yang dimaksudkan itu ialah dilihat dari aspek ekonomi umat secara berkelompok bukan dari sudut individu.

Teks fatwa Negeri Sarawak pula berbunyi :-

  • Ahli mesyuarat bersependapat bahawa bermuamalah dengan skim ASN adalah harus dan hasil yang diperolehi daripadanya (dividen atau bonus) adalah halal. Amanah Bumiputra ASB pelaksanaannya sama seperti ASN yang dahulu (sebelum diurusniaga di dalam Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) bahkan ia adalah kesinambungan kepada ASN bermuamalah atau melabur saham kepada ASB adalah juga harus dan hasil keuntungan daripadanya adalah halal. Tidak harus bagi seseorang itu meminjam wang secara berfaedah yang bertujuan untuk membolehnya membeli saham (ASB & ASN)

Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut:-

Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :

  • Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB. Keputusannya : ” Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara’ “
  • Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah. Keputusannya : Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’, maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.

Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara’. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.

  • Aqad pelaburannya tidak jelas dan tidak jelas samda menuruti ‘Qirad’ atau ‘Mudarabah’ atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.
  • Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara’ maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.
  • Jaminan modal atau ‘capital’ juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah
  • Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib” (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.

Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).

Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada’ as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)

Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

  • Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib’ ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.
  • Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan (mudarib).
  • Dana terkumpul dilabur secara bercampur di dalam industri halal dan haram.

Pelaburannya bercampur dengan yang haram lebih daripada 30 peratus. ASB juga TIDAK PERNAH DIBINCANGKAN OLEH Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti DAN OLEH KERANA ITU, ia tidak termasuk di dalam senarai kaunter yang jelas statusnya. Ia bermasalah dari sudut Shariah kerana menurut statistic tahun 2005, dana ASB telah dilaburkan di beberapa tempat yang haram seperti

  • Sebanyak 37.30 % ke sebuah bank konvensional terbesar.
  • Sebanyak 1.11 % ke Commerce Asset Holdings Berhad (Konvensional)
  • Sebanyak 1.07 % ke British American Tobacco berhad

Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab dalam mengenalpasti dan meletakkan fatwa berwibawa untuk menentukan sesebuah kaunter atau dana pelaburan itu halal disertai oleh umat Islam atau tidak, pernah meletakkan kadar 33 peratus industri haram sebagai had larangan melabur dalam syarikat atau pengurus dan bercampur halal haram.

Aku tidak bermaksud Pelaburan ASB telah dibincang dan ditolak oleh Majlis tersebut, tetapi ianya belum lagi iktiraf oleh Majlis Penasihat Shariah, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang bertanggung jawab mengesahkan sesuatu pelaburan itu halal atau tidak. Iaitu, ia belum dibincangkan dan tidak pula di ‘table’ untuk perbincangan mereka.

Namun, Majlis Penasihat Shariah ini pernah mengeluarkan keputusan garis panduan atau ukur rujuk berkenaan pelaburan dalam syarikat (secara beli sahamnya atau lainnya) yang mana perniagaannya bercampur seperti berikut :

  • ” The SAC (Shariah Advisory Council) at its second meeting on 21st August 1996, discussed the status of companies running a mix of permissible and prohibited activities. The SAC resolved that such companies with some prohibited elements which do not exceed the benchmark determined by SAC. …………..
  • The core activiies of the company have importance and maslahah ( benefit in general) to the Muslim ummah and the country, and the haram element is very small and involves matters such as ‘umum balwa ( common plight ), ‘urf and the right of the non-muslim community which are accepted by Islam..
  • Based on the Prophet SAW word 1/3 or 33.33 % “is enough” and can be used as a guideline for the basis of formulating a benchmark. The question is whether this benchmark is suitable to be used for mixed companies, because it relates to the bequest of property and giving of alms. Even so, it cannot be denied that it can be used as a benchmark to set the upper limit of a mixture because an amount exceeding the percentage will be considered excessive

Justeru, jika kita melihat jumlah peratusan pelaburan ASB di bank konvensional iaitu 37 peratus, ia telah melebihi ‘benchmark’ 1/3 yang ditetapkan badan berwibawa ini. Hakikatnya, masih banyak lagi kaunter atau syarikat yang halal untuk dilabur oleh dana ASB walaupun mungkin tidak mampu memberikan keuntungan setinggi bank konvensional ini, yang terpenting biar halal walaupun sedikit, daripada banyak tapi haram. Ada sesetengah pihak berkata ianya dibenarkan di atas dasar maslahat kerajaan untuk beri kekuataan ekonomi dan sebahagian kekayaan negara kepada bumiputra secara mudah.

Imam Abu Ishak As-Syatibi (790 H), pakar ilmu maqasid Islam silam meletakkan panduan dan syarat berikut jika ingin mendakwa sesuatu itu sebagai maslahat:-

  • Mestilah tidak hanya memandang maslahat duniawi sahaja, bahkan mesti meneliti maslahat ukhrawi juga.
  • Maslahat hanya diterima pakai dalam hal kebaikan untuk Deenul Islam.
  • Maslahat untuk menjaga hak ramai didahulukan dari menjaga hak sekelompok.
  • Maslahat mestilah bersandarkan dalil-dalil yang jelas.

Petikan artikel di atas inilah yang menyebabkan aku berada dalam kekeliruan. Aku tak tahu lah berapa juta umat Islam yang keliru dengan ketidaksekepakatan mufti di dalam hal-hal yang HARAM di dalam pelaburan di ASB. Justeru itu, aku masih mencari-cari lagi artikel yang lebih baru dan dikemaskini iaitu:

Melabur dalam ASB, ASN harus: Fatwa
Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB), termasuk pembayaran dividen dan bonusnya, adalah harus.Berikutan itu, umat Islam tidak perlu ragu-ragu mengenai status pelaburan kedua-dua skim berkenaan.

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin, berkata keputusan itu dibuat selepas pihaknya meneliti dan mempertimbangkan semua kesan daripada pelaburan berkenaan.Beliau berharap tiada pihak membangkitkan lagi isu kononnya hasil skim pelaburan itu haram.“Umat Islam boleh menyertai skim pelaburan ini dan tidak perlu ragu-ragu terhadap status pelaburan yang dibuat serta dividen atau bonusnya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-80 di sini.Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr Muhamad Datuk Sheikh Abdul Aziz dan Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz. Muzakarah selama tiga hari itu dihadiri semua mufti. Abdul Shukor berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan juga memutuskan pembangunan secara komersial membabitkan tanah wakaf yang diwasiatkan untuk pembinaan masjid dan surau adalah harus.Beliau berkata, isu itu pernah dibangkitkan kerana wasiat khusus seumpama itu menghalang tanah wakaf terbabit dibangunkan secara komersial.

“Tanah wakaf ini sekiranya dimanfaatkan untuk pembangunan, mampu menjana pendapatan ekonomi negara, sekali gus mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk setempat,” katanya. Beliau berkata, jawatankuasa juga memutuskan pembangunan tanah wakaf seperti masjid dengan tambahan projek pembangunan dan penambahbaikan dengan jaminan harta wakaf itu kekal adalah diharuskan dalam Islam.

“Bagaimanapun, syarat pembangunan mesti merujuk kepada niat asal pewakaf bagi memastikan kehendak mereka ditunaikan sekali gus memberi kepuasan kepada semua pihak. “Projek pembangunan yang akan dilaksanakan berpandukan kepada keperluan yang ditentukan pemerintah dan tidak bercanggah dengan syariat Islam dengan mengekalkan ciri-ciri pewakaf seperti kebajikan amal jariah mereka,” katanya.

Petikan artikel di atas ini pula tidak terlalu menyokong kerana tidak menghilangkan keraguan mengenai jumlah pembahagian 80 : 20 pelaburan. Tapi aku hairan jugak, apa kata mufti-mufti negeri lain, adakah mereka ni bersependapat atau sebaliknya. Setelah di teliti beberapa kali mengenai hal ini, aku mengambil keputusan yang aku berpegang pada majoriti mufti yang menyatakan ia HARUS dan bukannya halal. Aku juga berpegang bahawa mereka ini lebih tinggi ilmunya dari aku yang bukannya mengetahui benda-benda pelaburan ini secara lebih mendalam. Aku ada tanya kepada ustaz-ustaz mengenai perkara ini. Kalau yang berkata HARAM, aku cuma tanya di mana haramnya. Tetapi banyak hujah yang tergantung atau cuma mendengar dari pendapat orang lain. Yang berkata HARUS juga, kadangkala tidak memenuhi selera aku yang ingin betul-betul kepastian tentang perkara-perkara yang menjadi darah daging ni. Terpulang pada korang untuk memilih mana satu, bagi aku HARUS kerana dipersetujui oleh ramai mufti. Mereka yang memberi kata putus maka mereka lah yang akan tanggung sekiranya benda-benda berkaitan agama dipolitikkan atau mengaburi pelabur Islam demi kepentingan orang lain. Akhir kata, berniaga lah kerana dengan berniaga secara halal… banyak keberkatan di dalamnya. Harus di ingatkan, ia adalah HARUS dan bukannya HALAL. Kalau rasa ragu-ragu, baik korang semua elakkan. Seperti yang korang sedia maklum.. “kalau korang semua rasa was-was pada makanan di restoran itu, maka lebih baik elak dari mengunjungi restoran tersebut. Cari lah restoran lain, lain laa kalau tak makan di situ,boleh membawa mudarat kepada korang semua”

2 responses to “Kekeliruan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB)

  1. Tak apa, kita labur nanti yang kena jawab depan Allah puak2 mufti laa kan. Anak dan isteri tanggung jawab suami, rakyat pula tanggung jawab pemerintah

    • Yelaa.. itu tanggungjawab diaorang. tanggungjawab kita amik yang mana lagi afdal (keputusan majoriti mufti). Kalau kita sendiri yang kurang ilmu agama ni nak jatuh hukum, susah laa. itu baru kes ASB. tak kene lagi Unit Trust, Loan…etc. Nak kene cari lagi ni nas-nas yang kukuh. aku takut nanti orang lain salah faham kalau takde nas-nas yang kukuh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s