Prototaip Proton Emas

Di dada akhabar dan berita, telah dipanaskan dengan satu kereta konsep dari Proton iaitu Proton Emas, Emas Country dan Emas 3. Bagi aku, ini satu pembaharuan dalam dunia proton. Tapi ada juga khabar-khabar yang menyatakan kereta ini tidak cantik tetapi bagi aku, kecantikkan itu adalah ‘universal’. Mungkin pada pandangan sesorang itu cantik, tetapi pada pandangan orang lain sebaliknya. Seperti aku kata, kecantikkan itu adalah universal dan tiada kongkongan. Lagi satu, dah nama pun konsep… bila keluar untuk production, lain laa rupanya. Kalau tak caya, cuba tengok pada autoshow kereta yang memaparkan kereta-kereta konsep. Aku rasa aku tak pernah jumpa kereta konsep yang 100% sebijik sama bila dikeluarkan kepada umum. Tul tak? Ini kerana ia merupakan “KONSEP” iaitu idea atau pandangan pereka terhadap benda yang di reka. Jadi bila dah di uji dengan teliti, baru lah ia nilai dari segi penggunaan dan ketahanannya.

Aku harus akui bahawa tidak semua kereta Proton itu tidak bagus, tetapi setakat ini… kalau kereta proton itu ada tulis ‘Handling by Lotus’ memang ketara perbezaannya dengan kereta-kereta seangkatan dengannya. Kalau tak caya, try naik Proton GTi, Proton Waja.. memang jauh berbeza dengan kereta Proton Wira atau Proton BLM. Ini kerana Lotus telah mempunyai kepakaran yang agak tinggi dari segi handling. Itu baru handling beb, kalau enjin tune by Lotus.. mau lagi laju kereta-kereta Proton di jalanraya. Sekarang pun berlambak yang dok bawak laju kat jalan.. hehehe. So far aku lega jugak laa sebab Proton mengambil langkah joint venture dengan Lotus dan masih bertahan hingga kini. Tidak terkecuali kereta konsep ini.

Aku juga bersyukur kerana Proton memilih untuk mengambil kejuruteraan dari Eropah jika dibandingkan dengan Jepun, ini kerana kereta Eropah lebih stabil apabila di pandu jika dibandingkan dengan teknologi Jepun. Kalau tak percaya, cuba naik kenderaan yang di reka oleh Eropah dan Jepun. Mesti ada perbezaan walaupun dari segi Revv enjin. Kereta Jepun memang terkenal dengan High Revving walhal Eropah sebaliknya. Nak tau kenapa, kena belajar corak geometri setiap negara pengeluar. Itulah sifat sebenar kereta-kereta dari pengeluar kereta atau kenderaan.

Ok, berbalik kepada kereta konsep Emas ni.. ada beberapa ciri yang aku lihat bagus iaitu EMAS sendiri merujuk kepada ‘Eco Mobility Advance Solution’. Emas merupakan kereta konsep yang mempunyai 5 pintu hatchback untuk pemanduan biasa, Emas 3 merupakan 3 pintu hatchback untuk pemanduan bandar yang makin padat ni dan Emas Country yang lebih kepada pemanduan jauh dan mempunyai leturbentuk yang berkonsep SUV. Ketiga-tiga kereta ini berkonsep kepada mesra alam bukannya kepada racing development. Dengan kata lain ‘Go for Green’. hehehe.  Aku rasa aku takyah citer laa pasal pencemaran alam sekitar ni sebab korang dah tahu kan. Nanti panjang lak citernya. Kira Proton buat satu alternatif untuk sesiapa yang sayangkan alam sekitar. So, pilihan dah ada.. terpulang pada diri sendiri. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh laa tengok dekat website http://paultan.org/2010/03/02/proton-showcases-the-emas-emas-country-and-emas3-trio-of-concepts-at-geneva-2010/ untuk spesifikasi dan web untuk perekanya iaitu Italdesign Giugiaro’s : http://ginevra2010.italdesign.it/#/stand-en . Di khabarkan akan keluar dalam jangkamasa lagi 2 tahun. Tunggu dan lihat lah dari konsep kepada pengeluaran. Harap-harap lagi cantik tetapi Eropah ini kekadang design dier pelik-pelik skit maklum lah kita ni dah biasa dengan pereka Jepun.

Bab interior dier, aku agak suka sebab agak kemas dan futuristik. Kira lain dari yang lain laa.. dan harapan aku, kualiti pun ok. Sebab kalau tengok, kereta sekarang ni dah lebih kepada plastik dan bukannya di balut seperti kereta-kereta terdahulu. Tak caya try tgk dari Honda, Toyota, Nissan, Proton, Perodua dan sebagainya. Kebanyakkannya plastik.. kalau korang boleh ‘feel and touch plastic’, kira korang boleh laa. Kalau aku, aku pegang material dulu.. pastu baru rasa keluasan dan enjin.  Aku pun harap Proton ni agak terkenal dengan jangkahayat interior yang agak pendek. Maksud aku, pakai setahun dua.. dah mula bunyi anak tikus laa, bunyi siul laa, takleh bukak tingkap laa…

Aku lebih menyokong Proton dari Perodua kerana comparison harga dan keinginan untuk ‘move forward’. Kalau dulu, kita selalu cakap yang Proton base kepada Mitsubishi dan Perodua base kepada Daihatsu. Tetapi sekurang-kurangnya, Proton ada memberi variety dengan menggunakan teknologi Renault (Savvy dan Waja 1.8), Citroen (Tiara) dan Lotus Engineering (Waja 1.6 dan GTi). Jadi sekarang telah bermula dengan Campro, Campro AFM dan Campro CPS (orang kata sedap, tapi tak tahu laa.. aku  tak pernah naik CPS lagi). Dan dengar kata ada lak CPS Turbo. Lagi terbang laa jawabnya. Ke mana perginya Engine S2000 yang dikatakan agak ‘Power’ kalau di’production’kan. Cuma kekadang kita masih belum mampu membayar harga maintenance untuk sparepart dari negara Eropah. Kita sendiri yang melambakkan spart part Jepun di malaysia jadi spart part tu je laa yang murah kan.. yang mana permintaan tinggi, yang tu laa jadi murah.🙂 itu falsafah spare part laa.

Akhir kata, majulah Proton dan bak kata bekas perdana menteri kita (Dr. Mahathir Mohamad) “Proton kita sudah bernafas kembali”. Walaupun aku tak pakai kereta berjenama Proton tetapi tidak bermakna aku tidak berminat kepada Proton. Proton kena bagi aku ‘impress’ dulu dengan harga dan kualiti jangka hayatnya. Aku ada minat tetapi belum tahap nak memilikinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s