Isu Wang Royalti VS Wang Ihsan

Aku terdetik untuk menulis perihal isu royalti minyak vs wang ehsan terhadap negeri Kelantan ini. Pada mulanya, aku tak kisah sangat kerana aku berpendapat sesuatu yang di canang oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik. Namun, lama kelamaan aku melihat isu ini menjadi semakin serius kerana aku melihat media cetak dan elektronik bersungguh-sungguh mengenai hal ini. Siap masuk newspaper, forum dan berita. Tidak terkecuali dalam alam maya ni. Biar aku sisipkan beberapa kata-kata dari orang yang berkenaan:

Tengku Razaleigh atau di kenali dengan Ku Li telah menyatakan bahawa ”The States’ rights to 5% of profit derived from the extraction of any petroleum resources is based on a quid pro quo according to which the States vested entirely and in perpetuity all their rights and claims to petroleum resources to PETRONAS. In return for this PETRONAS is legally bound to pay the states the 5% directly.” atau dengan alih bahasanya setiap negeri berhak mendapat 5% dari hasil petroleum di kawasan pesisir pantai lebih daripada tiga batu nautika yang dikeluarkan oleh pihak PETRONAS. PETRONAS juga wajib membayar wang dari hasil petroleum (royalti) kepada pehak negeri secara terus (yang versi melayu ni aku alih bahasa laa).

Tuan Guru Nik Aziz pula menyatakan : “apa bezanya hasil perut bumi lain di Kelantan ini dengan hasil minyak. Hasil galian dan logam seperti emas, besi, balrite, dan sebagainya diberi hak kepada Kerajaan Negeri, kenapa pula hasil minyak dan gas yang juga dari perut bumi Negeri ini tidak nak diberi hak kepada Negeri. Kemudian, apa pasal pula Pusat memandai-mandai buat undang-undang nak beri ehsan kepada Negeri, sedangkan hasil itu digali dari perut bumi Negeri. Hakikatnya, pihak Kerajaan Pusat di Putrajaya tak ada setitik pun minyak, tapi mereka membolot kesemuanya. Apa yang berlaku ialah minyak sudah digali di laut sana, ia tidak di perut bumi Putrajaya, sebaliknya ia digali di Laut Cina Selatan yang jelasnya kalau tidak hak Kelantan, maka ia hak Terengganu atau hak Thailand. Namun, maklumat yang diketahui umum, minyak sudah dikeluarkan dari laut Kelantan. Tiba-tiba kita di Negeri yang keluarkan hasil minyak nak diberi ehsan. Sepatutnya, kerajaan Negeri yang ada hasil minyak yang beri ehsan kepada Pusat. Ini sudah terbalik, dan sudah tidak berlaku keadilan.”

Dari pembacaan aku, Ku Li ada menyatakan bahawa sekiranya isu Akta 1975 di guna pakai, maka kesemua negeri-negeri di Malaysia tiada hak untuk isu royalti minyak kerana negeri-negeri tersebut adalah luar dari 3 batu nautika dari pesisir pantai. Jadi kenapa ia menjadi suatu kesusahan walhal akta undang-undang sudah menyatakan bahawa negeri Kelantan berhak mendapat wang royalti dan bukannya wang ehsan. Kalau korang tengok balik, pada tahun 1999 (semasa pemerintahan PAS)… Terengganu hanya menerima wang ihsan dan apabila BN kembali memerintah di sana, ia kembali pula kepada royalti. Adakah ada unsur akta flip flop berkenaan isu ini? Kenapa pula Ku Li mengambil langkah menyatakan sesuatu yang bercanggah dengan corak pemerintahan UMNO, adakah mempunyai kepentingan sendiri atau sekarang sudah berani untuk menyatakan sesuatu yang hak. Kalau di lihat sekarang, isu ini menjadi semakin suram oleh media-media tempatan dan penjelasan oleh pihak kerajaan amat kabur mengenai hal ini. Maksud aku sekadar bercakap sahaja dan bukannya dengan sisipan fakta.

Di sini aku kepilkan surat balas Ku Li kepada Tuan Guru mengenai isu Tuntutan Royalti Minyak:

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’  berada dalam keadaan sihat walafiat.

Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam  Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga.  Ini menyebabkan  Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai  Malaysia di perairan Sarawak.  Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak.  Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.

Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri.  Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia.  Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui  dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.

Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai  bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam.  Jelas sekali PETRONAS  terikat dengan  perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan  kepada Kerajaan Negeri Kelantan.  Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia.  Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS  menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS  di bawah Akta tersebut.  Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS..  Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan  dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.

Sekian, terima kasih.  Wassalam.

Aku tidak mahu bercerita panjang mengenai hal ini, biar lah aku kepilkan rujukan yang korang boleh baca mengenai isu ini. Sekurang-kurangnya korang baca fakta bukannya auta dari aku. Aku tak dapat cari ke mana hujah-hujah dari kerajaan mengenai isu ini. Kalau ada, aku masukkan nanti (kalau sesiapa ada simpan ke, tolong scan/emel kat aku pun takpe).

http://razaleigh.com/2009/07/31/letter-to-mb-of-kelantan-on-oil-royalties/

http://razaleigh.com/2010/02/

http://razaleigh.com/2010/01/28/oil-forum-in-kota-bharu/

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/32/kelantan-tuntut-royalti-tolak-ehsan

http://www.blogtokguru.com/pages/posting/30/royalti-siapa-yang-celupar-

Bagi aku, kalau itu dah hak orang Kelantan.. bagi laa. Orang nampak kita buat baik dan orang juga nampak kita buat kianat. Cuma masa yang menentukan bila masa orang lain boleh nampak benda tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s