Perihal Aku…

Di sini aku citer sedikit pasal diri aku ni… aku ni dilahirkan dalam family yang ramai iaitu 16 orang adik beradik. Kalau nak ikutkan hak menerima kasih sayang dari kedua-dua orang tua aku iaitu umi dan arwah ayah aku (yang aku panggil atta), memamg susah laa. Kene pikir laa jugak, 1 orang yang distribute kepada 16 orang. Susah tu kan.. Jadi aku hidup lebih independent je. Ohh.. lupa aku nak sebutkan yang aku ada 2 kakak dari perkahwinan arwah Atta ku dengan isteri terdahulu (kira x-wife laa). Kalau orang tanya pasal nama adik beradik, bab ni memang aku boleh hafal tapi kalau tanya pasal umur, memang aku fail sebab jarak umur antara adik beradik lingkungan 1-2 tahun.

Aku menerima pendidikan pertama di Tadika Raja Dewa iaitu di negeri kelahiran aku iaitu Kelantan Darul Naim. Pada waktu ini, memang terserlah sikap aku yang suka sakat member-member tetapi cukup malu dengan perempuan. Tak tahu laa mengapa.. mungkin hormon testoron belum banyak kot.. Selepas itu, bermula laa kehidupan pembelajaran Sekolah Menengah di Sekolah Rendah Sultan Ismail 1. Pada permulaan pembelajaran aku di sini, aku ditempatkan di kelas 1 putih. Cikgu kelas aku memang garang.. aku masih ingat namanya, Cikgu Zainab. tak tahu laa sekarang masih ada ke idak. kalau ada pelajar buat silap.. memang dipiatnya perut atau telinga pelajar tu. Budak sekarang mana dah boleh buat macam tu.. mau report kat papa atau mama. Dah lama aku tak pegi ke sana..rasanya semenjak dari aku keluar dari menjadi pelajar yang berstatus pelajar kelas darjah. Hehe..Aku menghabiskan pembelajaran aku kat sana sampai lah darjah 6. Setianya aku kat sekolah ni..Lupa aku nak bagitau.. pada masa tu, sekolah ini hanya menerima pelajar lelaki sahaja.

Selepas itu aku melanjutkan pelajaran ke tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Sultan Ismail (SMSI) dan juga masih berlegar-legar di negeri kelahiran Cik Siti Wan Kembang ni. Kira aku ni banyak belajar di sekolah yang nama sultan laa..hehehe. Sekolah ini memang terkenal dengan sifat gangster, ponteng dan segala mak nenek masalah disiplin, tapi alhamdulillah.. rasanya aku tak pernah melakukan segala jenayah-jenayah sekolah ni melainkan aku gemar memakai kasut converse yang bertali hitam (kat sekolah tu, aku lah perintisnya), kasut tidak berkapur, tak pakai stokin, tak suka pakai lencana sekolah dan tak gemar bawak beg (kebanyakkan buku di simpan di dalam meja..aku cuma bawak 1-2 buku teks je setiap hari). Walaupun aku berperwatakkan macam tu, cikgu aku tetap suka kat aku terutamanya cikgu agama dan cikgu kelas. Mungkin sebab aku ni bukan golonagn budak-budak gangster kot. Kelas kegemaran dan jugak kelas meletihkan aku adalah kelas lukisan. Kenapa aku cakap mengemarkan kerana aku suka melukis dan kenapa aku cakap meletihkan, sebab setiap kali kelas lukisan.. aku tak boleh melukis sebab member-member kelas suruh aku tolong melukis. Mungkin lukisan aku macam Picaso kot.. takpun setaraf dengan lukisan Monalisa.. bukan Mona Fendy ya. Jadi, aku kene sambung melukis di rumah laa dan bawak kembali ke sekolah pada keesokkan harinya.  Lupa aku nak bagitau, kat sini pun aku belajar dalam golongan 100% lelaki dan pada masa ni, tahap testoron aku meningkat sedikit sahaja dari zaman aku sekolah tadika dan sekolah rendah. Masih malu untuk bertentang mata dengan pompuan, kalau selisih.. memang aku ngadap jalan je laa. Walaupun aku takde hati kat pompuan tu.Aku pun tak tahu kenapa aku malu sangat dengan pompuan pada umur-umur begini. Bila aku kenang kembali, rasa lucu jugak kerana aku sendiri pun tak tahu apa sebab aku amat pemalu pada satu ketika dahulu. Perjalanan pembelajaran aku di sekitar sekolah ini semuanya ok dari segala matapelajaran cuma aku merangkak baca tulisan jawi. Tapi aku tetap bersyukur, walaupun aku belajar di sekolah yang terkenal dengan masalah disiplinnya, aku tidak terikut-ikut dengan persekitaran yang tidak sihat ni. Ada bagus laa aku kekurangan hormon kejantanan ketika ini.

Tingkatan 4 dan 5, bermula hidup aku merantau di negeri orang dan negeri pertama yang aku jejak adalah Perlis Indera Kayangan. Aku belajar di Sekolah Menengah Teknik Arau di mana kami adalah perintis kepada pelajar-pelajar teknik pada ketika itu. Pada waktu itu, sekolah ini adalah 100% lelaki tetapi sekarang sudah bercampur lelaki dan perempuan selepas aku menamatkan pelajaran di sana. Macam manalah aku nak develop hormon kelakian ni sebab dah pernah ngorat pompuan, kene ngorat ada laa.. bila kene ngorat, aku pulak yang lari… harharhar. Di sini baru aku bergaul dengan pelbagai pelajar dari berlainan negeri. Tapi alhamdulillah, aku dapat menyesuaikan dengan sesiapa sahaja.. mungkin kerana aku tidak mengambil pendekatan bersikap “Kelantanise”. Aku mengambil jurusan mekanikal. Kelas kegemaran aku tentulah kelas lukisan tetapi lebih menjurus kepada lukisan teknikal. Sampai boleh berdebat depan cikgu laa kalau lukisan aku dan member aku (zaid namanya) ni tidak sama, aku rasa masa ni.. memang cikgu aku suka kot kalau kitaorang berdebat sebab masing-masing bagi pendapat. Kesian kat cikgu lukisan aku ni, aku pernah tercucuk tangan dier dengan drawing set sebab aku tersilap menghala sebelah yang tajam kepada cikgu lukisan aku ni.. cikgu Izhar namanya. Kat sini banyak yang hepinya sebab aku boleh kenal negeri orang dan bergaul dengan pelbagai spesis manusia.

Selepas itu aku sambung lagi perjalanan aku ke negeri Kedah iaitu Jitra untuk mengambil diploma di salah sebuah kolej dan memandangkan kolej itu nampak macam nak kelentong, aku cepat-cepat kuar dan merantau sehingga ke Sungai Petani. Kolej Cosmopoint namanya.. aku memilih kolej ni sebab aku minat komputer. pada masa itu, terdapat dua sahaja kolej yang masyur iaitu kolej Cosmopoint dan Kolej Tunku Abdul Rahman (pada masa tu laa). Disebabkan pada masa tu dok sibuk-sibuk pasal Lembaga Akreditasi Negara (LAN) jadi aku memilih Cosmopoint. Aku pernah menerima offer dari ITM (sekarang dah jadi UiTM) untuk mengambil jurusan Interior Design tapi aku tolak sebab aku taknak keje kat K.L (pada waktu itu laa) dan aku bayangkan interior design ni lebih menjurus kepada golongan yang lembut-lembut sahaja. Awwww… tak terbayang nyah!🙂 Di sana aku amik diploma sampai laa aku grade. Kat sini baru laa aku belajar dalam suasana kepelbagaian jantina so aku punya hormon kelakian sudah di tahap normal.. takde malu-malu dah. tapi bila grade, geng-geng lelaki gak yang tinggal..

Selepas itu, aku mula masuk alam pekerjaan pada tahun 2001 di tempat aku menghabiskan zaman diploma. Di situ, aku bekerja lama laa jugak. rasa-rasanya 3-4 tahun. Memandangkan gaji aku kecik sangat time tu dan majikan aku pun tak kesian kat aku, jadi aku pun amik laa risiko yang pertama dalam alam pekerjaan iaitu lompat kerja. Selepas aku kuar dari kompeni pertama tu, aku lompat dan melompat macam tupai (nasib baik tak jadi macam kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga”) untuk menambah pendapatan aku. Akhirnya aku berhenti sekejap dekat kompeni sekarang yang merupakan sebuah kompeni yang diusahakan oleh orang asing. Kepelbagaian pengalaman dalam bidang di interbiu telah memberi aku menjadi lebih berkeyakinan dan rileks. Aku juga tahu bagaimana untuk bekerja di kompeni cina, orang putih, jepun, melayu, india dan arab. Kalau korang nak tahu, aku pernah bekerja dari kerja macam gomen sampai la kerja di mana aku lagi lama dok ofis dari kat rumah.  Jadi aku bersyukur sebab masa aku lompat melompat tu, setiap kali aku nak lompat…aku tak pernah jatuh macam tupai.  Mungkin sebab aku mintak berkat dari umi aku kot(berkat seorang ibu… try korang cuba, kalau betul aku punya resipi ni.. korang boleh amik la).

Aku lupa nak tambah sikit… sekarang aku sudah bergelar pekerja yang memegang segengam sijil Ijazah Kepujian. Tapi aku tak heran sangat sebab Ijazah sekarang dah berlambak. Aku membuat kelas mingguan untuk aku dapat ijazah ni tau.. dari keje macam orang gila ke orang yang waras. Aku amik kat Open University je. universiti ni lebih flexible dengar corak masa kerja aku. So, takrget aku pulak lepas ni.. amik master lak. Apa salahnya kalau tua-tua belajar lagi, boleh jadi dorongan kepada orang yang malas belajar dan mungkin kepada future son atau daughter aku nanti. Kan kan..

2 responses to “Perihal Aku…

  1. layan jugak crite ko nih,,,
    tp yg part ko malu2 meow2 ngan pempuan ni..hehehe… aku nak tergelak la …
    but.. what ever it is… kenangan zaman dulu2 aku x kan lupa… nostalgia beb….
    _DEE MIERA_

    • hehehe… nak wat camner beb. kalau tak citer.. ngko bukan tau. hehhe.. ada lagi aku nak citer, tapi tak sempat lagi aa. keje tgh pack..🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s